CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

star of the day :)

TiK tOk!


Get your own Digital Clock

Thursday, October 2, 2014

Suatu Hari

Suatu hari, 
aku terima berbagai nikmat..
sungguh, aku bersyukur atas segalanya..
tapi,
Suatu hari yang lainnya,
aku jatuh tersungkur..
jatuh menyembah tanah..
aku rebah..
dan masih mencari-cari tapak untuk cuba bangun..
kerana tiap kali aku jumpa tapak itu..
KAU datang mematahkan tiap usahaku..

Dengan segala nikmat yang telah diberikan..
yang bukan hanya dicari malahan diwarisi..
KAU jadi angkuh..
KAU lupa..
KAU alpa..
malahan KAU jadi bongkak..

Jujur..
aku tak pernah salahkan Tuhan..
kerana,
aku tahu semua ini salah KAU..
KAU yang mungkin tak pernah bersyukur..
KAU, manusia didik diri sendiri untuk jadi tamak..

dan pada diri kau..
KAU berbangga atas setiap satunya..
bermegah dengan setiap perbuatan..
yang setiap satunya membunuh..
aku rasa.. 
dilubuk hati kau yang paling dalam ..
tak ada sekelumit, mahupun secebis rasa bersalah..

Moga Allah tidak menjadikan aku dan manusia lainnya..
seperti ENGKAU..
yang tidak punya rasa..
dan hanya mengikut nafsu serakah..
tanpa peduli yang lainnya

-2 Oktober 2014/Khamis/U.Omar



lagu ku ;)

Thanks A lots krane..dtg menjenguk!!:)